GEORGE TOWN: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan KTM Komuter Utara secara percuma selama dua hari bersempena Program MADANI Rakyat Zon Utara yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini.
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Darat Kementerian Pengangkutan Shazrina Mohd Hanifiah berkata perkhidmatan percuma itu disediakan pada 4 dan 5 Mei iaitu hari kedua dan terakhir program, melibatkan perjalanan dari Padang Besar dan Ipoh ke Butterworth.
Beliau berkata langkah itu bagi memudahkan pengunjung yang tinggal di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat ini.
"Selain komuter, perkhidmatan feri percuma turut disediakan selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Mei (Jumaat hingga Ahad) dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di Georgetown.
"Di samping itu kita juga ada menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke Tapak Pesta Pulau Pinang dan dari Pangkalan Weld ke Queensbay terus ke tapak pesta," katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) semalam.
Sementara itu, Shazrina memaklumkan selaku kementerian peneraju bagi Program MADANI Rakyat Zon Utara, MOT akan membuka sebuah pavilion khas yang menempatkan 15 agensi dibawahnya di samping kementerian serta pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat, termasuk kaunter bayaran saman trafik PDRM dengan tawaran diskaun sehingga 50 peratus.
Beliau berkata bersempena program itu juga pelbagai aktiviti anjuran kerajaan Pulau Pinang telah berlangsung sejak minggu lepas seperti acara larian dan bengkel berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Majlis perasmian penutupan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara bakal disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad ini yang diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024.
Program berkenaan menumpukan kepada agenda berkaitan kesejahteraan rakyat, perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), karnival kerjaya, pendidikan STEM serta kecerdasan buatan (AI).
Program itu anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik MOT dan kerajaan negeri merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Perkhidmatan komuter percuma disediakan pada 4 dan 5 Mei iaitu hari kedua dan terakhir Program MADANI Rakyat Zon Utara, melibatkan perjalanan dari Padang Besar dan Ipoh ke Butterworth. - Gambar hiasan/BERNAMA
Faisal Halim semakin positif, dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Faisal dijangka dapat kembali beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada pemulihannya.
To Lam angkat sumpah Presiden baharu Vietnam
Presiden Vietnam yang baru dipilih, To Lam mengangkat sumpah jawatan pada Rabu.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, esok.
Anggota Rabbani, Nazrul Azhar meninggal dunia
Pemergian Nazrul disahkan menerusi kemas kini di akaun Facebook rasmi kumpulan itu, sebentar tadi.
Polis siasat wanita dakwa diri Imam Mahdi
Polis sedang menyiasat seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi seperti tular di media sosial sejak semalam.
Sambutan harmoni tanpa bimbang
Penganut Buddha bersama keluarga masing-masing mula mengunjungi kuil pada awal pagi bertujuan melaksanakan upacara keagamaan di Dewan Persatuan Buddha Gua Musang.
NRES tekad kukuh agenda pemuliharaan biodiversiti
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertekad untuk mengukuhkan agenda pemuliharaan biodiversiti di negara ini.
Kerajaan ambil langkah berhati-hati, elak rakyat terjejas
Penyelarasan subsidi dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan penghapusan subsidi diesel melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Sheriff: 'Watak dia sebenarnya tak kelakar' - Syafiq Yusof dedah sisi lain Zul Ariffin
Syafiq juga menyenaraikan dua pelakon wanita yang paling dia suka bekerjasama iaitu Elizabeth Tan dan Azira Shafinaz.
Suara Rakyat: Amukan gajah semakin menggila
Pekebun kecil terus menanggung kerugian, selepas dirosakkan gajah sejak empat bulan lalu.
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Perjalanan komuter percuma untuk OKU 3,4 Dis ini
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perjalanan percuma kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada 3 dan 4 Dis ini, bersempena Hari OKU Sedunia yang disambut pada 3 Dis ini.